FAQ MEDICAL CARD

SOALAN SOALAN LAZIM MENGENAI MEDICAL CARD

1. Berapa jenis plan yang ditawarkan dan selain plan keluarga, adakah plan bagi individu atau suami isteri?
Secara keseluruhan, dua jenis plan ditawarkan iaitu Plan Medical Card Dengan Limit Perlindungan & Plan Medical Card Tanpa Limit Perlindungan. Selain plan medical card keluarga, kami juga menawarkan plan individu atau suami isteri. Ciri ciri perlindungan sama sahaja seperti plan keluarga.

2. Apakah perbezaan antara Plan Medical Card Family Dengan Limit Perlindungan & Plan Medical Card Family Tanpa Limit Perlindungan.
Plan Medical Card Family Dengan Limit Perlindungan memberikan package package perlindungan pada setiap ahli keluarga yang mempunyai limit sepanjang hayat. Sebagai contoh, jika seseorang pemegang plan medical card dengan limit Rm200,000 telah habis menggunakan limit tersebut, perlindungan untuk beliau tidak ada lagi.
Plan Medical Card Family Tanpa Limit Perlindungan memberikan perlindungan tanpa had dimana anda tidak perlu risau kehabisan limit.

3. Bagaimana saya boleh bayar premium medical card family ini?
Anda boleh bayar premium ini melalui Maybank2u, Maybank autodebit, BSN autodebit, kad kredit atau tunai.

4. Mode bayaran bagi medical card family ini?
Anda boleh bayar tahunan, setengah tahunan atau suku tahunan.

5. Berapa lama saya perlu membayar premium medical card ini?
Premium medical card ini perlu dibayar selagi anda menggunakannya atau sehingga usia 100 kerana ia adalah plan standalone dan tidak dihimpun dengan insuran hayat. Namun jika anda ingin merancang plan insuran medical card anda dengan insuran hayat/takaful hayat, maka anda boleh berhenti bayar apabila simpanan insuran hayat anda mencapai tahap simpanan yang banyak.

6. Adakah plan medical card family ini akan ditamatkan jika saya mempunyai sejarah tuntutan yang tinggi?
Plan medical card family ini tidak akan di tamatkan walaupun anda mempunyai sejarah claim yang tinggi.

7. Sehingga usia berapakah plan medical card family ini boleh diteruskan?
Anak anak dibawah plan medical card family dilindungi sehingga usia 23 tahun jika masih belajar dan belum berkahwin. Ibu dan bapa dilindungi sehingga usia 100 tahun.

8. Apa saya perlu buat apabila anak anak saya sudah dewasa?
Apabila anak anak anda sudah dewasa iaitu sudah berusia lebih 23 tahun, maka anda berhak menukar package dari family ke package Suami Isteri. Ini adalah package yang lebih murah kerana hanya melindungi dua orang. Namun, semua ciri perlindungan masih sama.

9. Berapa lamakah tempoh menunggu?
– Tempoh menunggu adalah 30 hari dari tarikh permohonan diluluskan oleh pihak insuran. Bagi sesetengah penyakit tertentu dibawah, tempoh menuggu adalah

  • 120 hari dari tarikh plan diluluskan bagi tonsil, adenoid atau penyakit berkaitan dengan organ pembiakan wanita.
  • 60 haridari tarikh plan diluluskan bagi Rawatan Kanser Pesakit Luar
  • 30 hari dari tarikh plan diluluskan bagi Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar

10. Berapa ramai anak dan isteri yang dilindungi oleh medical card ini?
Limit jumlah anak dikenakan adalah 4 orang sahaja secara keseluruhan. Anda boleh melindungi kesemua anak anak anda dari kesemua perkahwinan anda. Amat menjimatkan untuk mereka yang berpoligami atau mempunyai anak anak dari perkahwinan lain. Namun, isteri hanya seorang sahaja. Mereka yang berpoligami kena pilih isteri mana yang akan dilindungi dibawah plan medical card keluarga. Isteri lain boleh diambilkan plan individu.

Bagi mereka yang mempunyai anak ke 5 dan selebihnya, maka anak anak ini perlu diambilkan plan berasingan. Sila hubungi saya untuk opsyen lain yang ada.

5 Responses to FAQ MEDICAL CARD

  1. Ali Huddin Junus says:

    adakah etiqa medic card ini polisi stand alone dan berapa bayaran premium bulanan nya

  2. ingin tahu says:

    saya berusia 41 tahun dn isteri 53 tahun. mempunyai anak berusia 6 tahun. sy dan keluarga sudah memiliki life insuran. saya berminat dgn kad medikal sekeluarga tanpa life insuran. Sila emailkan quotation.

    anak sulung saya berusia 26tahun dan isteri beliau 21 tahun mempuanyai 2 orng anak 3 dan 1 tahun. sila emailkan juga quotation kad medikal keluarga tanpa life insuran juga.

    terima kasih

  3. engsiang says:

    can my wife a foriegner thai buy the takaful medical card for her son / malaysian and husband malaysian ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: