Insuran Dari Majikan Vs Insuran Peribadi? Mana yang perlu?

Salam Ramadan Semua…

Selama 12 tahun saya dalam bidang insuran/takaful ini pelbagai ragam orang dan senario telah saya lalui. Antara yang paling banyak adalah mereka yang binggung samada hendak ambil insuran peribadi atau bergantung pada insuran kelompok majikan. Banyak yang merasakan rugi ambil insuran sendiri kerana tidak digunakan sebab sudah ada majikan untuk melindungi mereka.

Jika saya ditanya soalan ini, jawapan saya senang sahaja. Mesti ambil insuran peribadi. KENAPA? Mari kita lihat sebabnya:

  1. Majikan hanya melindungi seseorang selagi dia masih ada kudrat untuk berkerja. Jika sakit dan terpaksa berhenti, maka majikan telah lepas dari tanggungjawap melindungi orang itu. Jika dia tidak mahu berhenti kerja dan ambil cuti medical panjang, majikan masih boleh berhentikan kerjanya setelah tempoh tertentu mengikut undang undang. Cuba check dengan HR anda berapa lama tempoh itu.
  2. Bila orang itu sudah sakit, walaupun masih dilindungi majikan dan mahu ambil plan medical peribadi, syarikat insuran/takaful peribadi itu mungkin tidak mahu melindunginya atau mengenakan pelbagai sekatan perlindungan. Jadi sakit yang dihadapainya tidak dilindungi.
  3. Apabila telah berhenti kerja, sebarang kos perubatan sakit yang dihadapai sebelum berhenti kerja dan sebelum ambil insuran/takaful kesihatan perlu ditanggung oleh diri sendiri. Ini menyebabkan banyak simpanan hari tua yang dikumpul berpuluh tahun lamanya habis diambil oleh doctor. Cuba anda tanya sesama kawan, berapa ramai yang menghidapai darah tinggi, kencing manis, masalah slip disc, fibroid dan macam macam sakit lain. Semua ini kemungkinan besar tidak akan dilindungi jika masuk insran/takaful kesihatan selepas anda sakit.
  4. Majikan mengurangkan perlindungan kesihatan. Banyak kali majikan akan mengurangkan kos medical mereka dengan mengambil package insuran/takaful yang murah dengan limit perlindungan yang lebih kecil. Ini secara tidak langsung mengurangkan perlindungan anda.
  5. Pindah kerja – ramai yang mancari kerja dengan gaji yang lebih tinggi. Kekadang majikan memberikan gaji besar namun benefit seperti perlindungan insuran yang amat kecil. Jika anda pindah ke majikan seperti ini, maka anda terpaksa cover sendiri kos perubatan yang besar.

Jadi diatas adalah antara sebab anda perlu ambil insuran kesihatan. Rugi atau untung ambil plan insuran/takaful kesihatan terpulang pada anda untuk nilaikan.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: