Berapa Claim Saya Sendiri Di AIA? Berapa Caruman Saya Bayar?

Sebagai agent di AIA, saya telah banyak menjual plan medical untuk pelanggan. Namun, saya sendiri adalah pelanggan dengan AIA dan pernah banyak kali claim. Saya mempunyai dua medical card di AIA, dan saya telah menggunakan salah satu kad tersebut berulang kali. Jadi berapa claim saya berbanding caruman saya untuk kad medical ini?

Kad yang saya selalu guna (harap tidak lagi.. tidak mahu sakit lagi .. Inshaallah) adalah dari AIA Berhad. Saya telah pegang kad ini dari Nov 2010 iaitu sudah hampir 5 1/2 setahun. Kad ini berbentuk standalone iaitu medikal kad tanpa takaful hayat. Caruman yang saya telah bayar adalah lebih kurang RM4600 sahaja sejak Nov 2010 sehingga sekarang May 2016.

Untuk makluman tuan puan, saya amat berpuas hati kerana kad ini tidak pernah menghampakan saya ketika memerlukannya. Saya telah diadmit sebanyak 6 kali sejak memegang kad ini kerana resdung, gastrik, sakit perut , buasir dan akhir sekali 2 kali pembedahan tangan akibat patah bulan Dec 2015. Saya masih mempunyai plat besi ditangan dan jika saya ingin mengeluarkan plat besi ini, akan ada satu lagi pembedahan dimasa hadapan.

Jumlah kos keseluruhan claim saya akibat semua penghospitalan saya mencecah hampir RM68,000. Cuba bayangkan saya hanya mencarum RM4600 sahaja selama 5 TAHUN ++.  Inilah menyebabkan saya selalu cuba menasihati ramai orang yang berjumpa saya untuk memahami kepentingan kad medikal.

Ini kerana ketika seseorang tengah sakit dihospital (terutama di hospital swasta), dua perkara memeningkannya:

  1. Sakit yang menimpanya
  2. Berapa kos bil hospital ini? Insuran majikan saya cover cukup ke?

Saya tidak dapat buat apa apa untuk yang no (1) diatas, namun untuk no (2) ianya boleh dibantu.

 

 

2 Responses to Berapa Claim Saya Sendiri Di AIA? Berapa Caruman Saya Bayar?

  1. mohamad salleh ali says:

    jika saya ada sejarah kesihatan dengan jantung, adakah saya masih layak untuk memohon?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: