Kenaikan Bil Perubatan – Amat Merunsingkan –

Assalammualaikum Semua,

Sudah hampir 12 tahun saya di industri insuran/takaful ini, dan telah banyak melihat bil bil perubatan yang menjangkau puluhan ribu ringgit. Namun, apa yang merunsingkan adalah kos perubatan yang semakin meningkat. Saban hari, bil bil akibat penghospitalan di hospital swasta amat tinggi. Pada mereka yang mempunyai plan medical terlalu lama seperti yang diambil pada awal 90an atau awal tahun tahun 2000, pastikan polisi anda di upgrade ke kadar baru. Ini kerana banyak juga kes kes dimana kos medical terlalu tinggi dan plan medical lama ini tidak cukup menampung kosnya.

Secara umum, pada mereka yang sudah ada plan medical, memang lega rasanya terutama apabila ke hospital. Saya tahu, sakit tetap merunsingkan, tetapi kerisauan mengenai bil perubatan mungkin tiada atau kurang.  Namun pada yang mengharap duit poket/simpanan/asb dan lain lain sumber, memang akan terasa. Itu hakikat, dan pada yang pernah terkena memang faham apa yang saya katakan disini. Alhamdunillah, sejak 4 ke 5 tahun kebelakangan ini semakin ramai terutamanya orang Islam di Malaysia yang lebih celik tentang kepentingan medical card. Ramai yang mengambil plan plan ini bagi melindungi keluarga mereka.

Tahukah berapa kos perubatan untuk pembedahan pembedahan di hospital swasta? Contoh pembedahan apendik kini dalam RM15K – RM20K, pembedahan stents jantung RM30K-RM50K, pembedahan buasir RM7K-10K dan banyak lagi yang semakin hari semakin mahal. Oleh itu, tidak kiralah anda ambil apa jua medical plan dari syarikat apa pun, pastikan anda ada satu plan yang boleh diharap ketika anda perlukannya.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: